MULTIMEDIA PRODUCTION BLOG

WE ARE THE MULTIMEDIA-N

Wednesday, June 30, 2010

Pantun Kami Selingan Kaseh!!!

Shava kami panggil mami,
Mami pandai masak kari,
Selamat datang ke kelas kami,
4MPV nama diberi…

Debby Shilvia makan sumi,
Makan sumi dengan mami,
Produksi Multimedia matapelajaran kami,
Encik fakhri yang mengajar kami…

Berjalan-jalan di Tasik Chini,
Tiba-tiba tersandung kaki,
17 orang pelajar di kelas ini,
8 orang perempuan , 9 lelaki…

Shahrul Hisyam ketua kelas kami,
Ketua kelas yang berdedikasi,
Puan Yon Khairani guru kelas kami,
Sangat tegas dan bermotivasi..

Pergi berkhelah di Pantai Cherating,
Sesuai tempat nama diberi ,
Pantun ini kami yang sunting,
Ciku dan Liya nama diberi…

Pergi ke kedai membeli tauhu,
Harga tauhu 30sen satu,
Itu sahaja yang kami tahu,
Nak buat banyak-banyak penat tu…

Anak itik pulang petang,
Berlari-lari terkengkang-kengkang,
Kalau ada masa jemput datang,
Ke kelas kami yang sangat riang…

Negara Mas Negara bersekutu,
Rakyatnya sentiasa bersatu,
Diberi Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu,
Dijawab Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarokatu


No comments:

Post a Comment